Masya Allah... Inilah Kisah Taki Takazawa, Mantan "GANGSTER YAKUZA" Yang Kini Menjadi "IMAM" Di Jepun


Memang benarlah, sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Apabila Dia menghendaki, walaupun seseorang itu jauh dengan kesesatan dan kejahilan agamanya maka tidak mustahil terjadi. Begitulah yang menimpa seorang Hamba pilihan Allah ini, yang dulunya sebagai pembuat Tatoo Yakuza dan kini menjadi seorang iman.
Taki Takazawa, jika disebut dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tatoo untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun suatu ketika dahulu. Kerja sebagai ‘pembuat tatoo’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya.

Kalimah itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya merasa sangat bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Alhamdulillah... semakin hari, semakin ramai golongan yang jauh dari kebenaran ajaran Allah mula terpikat dengan keindahan Islam. Sanggup meninggalkan keseronokkan sementara demi meraih Cinta dari-Nya.

Lihat Video - Video Taki Takazawa





Pada sekitar tahun 2013, anggaran masyarakat Jepun Muslim dicatatkan seramai 10,000 orang dengan populasi penduduknya seramai 127,000,000 orang. Manakala, bilangan iman seramai 5 orang dicatatkan.

Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan), 2 ke 300 orang pada tahun itu dan jumlahnya telah meningkat pada tahun seterusnya.


EmoticonEmoticon